Monday, 27 July 2015

Berikut merupakan senjata yang digunakan dalam seni mempertahankan diri iaitu Silat Melayu...

                 

Sunday, 12 July 2015



                                                Malam Kesenian Silat Melayu Malaysia...

Friday, 3 July 2015

Nak tahu cerita tentang pertarungan Tun Tuah & Taming Sari? Jom baca ceritanya.....
Setelah dilihat oleh Taming Sari seorang Melayu terdiri ditengah paseban  itu dengan kerisnya sudah terhunus, maka Taming Sari pun segera berlari-lari serta ditikamnya akan Tun Tuah, serta katanya, "Siapa engkau maka terlintang dihadapanku ini?" maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya, "Akulah Hulubalang Raja Melaka. Syahadan akulah yang bernama Laksamana, Hulubalang pada Tanah Melayu; dan engkau siapa?" "Akulah penjurit tua pada tanah Majapahit". Maka Tun Tuah pun melompat serta diparangnya dengan Keris panjangnya, kena tubuhnya rebah tersungkur, tiada lut. Maka Taming Sari pun berbangkit bangun berdiri serta ditikamnya dada Tun Tuah; dipertubi-tubinya.
.............
Maka Tun Tuah pun melompat kekanan dan kekiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Taming Sari pun telah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah pun melompat serta ditikamnya dada Taming Sari, serta katanya. "Cih, mati penjurit Taming Sari olehku!" maka ditikamnya, kena dadanya terus berbayang-bayang kebelakangnya. Maka Taming Sari pun rebah tersungkur, lalu mati.